Share

Tahun baru Azam baru..begitulah perkataan yang akan sentiasa kita dengar apabila menjelang tahun baru. Setiap orang pasti mempunyai azam masing-masing, cuma perbezaannya ada yang tercapai dan ada yang tidak tercapai.. Begitu juga aQ..tiap2 tahun pasti akan ada azam baru..tapi yang peliknya aQ x pernah pun berjaya mencapai azam yang aQ harapkan. ermmm tahun 2011 dah nak tamat, nampaknya memang xda harapan la aQ nak mencapai azamku untuk tahun ini.. Tahun 2012 x lama lagi akan tiba, mcam mana dgn azamQ??tergantung lagi la jawabnya. Harap2 tahun 2012 ini akan menjadi tahun yang terindah dan terbahagia berbanding tahun2 yang telah aQ lalui..umur pun makin lama semakin meningkat..x terasa pun, sekejap jak masa ini berlalu..
Tahun Baru Datang Lagi.... Full View


Cinta adalah anugerah yang diberikan oleh pencipta kepada hambanya.. Cinta itu ibarat menghambakan diri kepada yang dicintai..sehinggakan ramai tidak menyedari yang diri mereka hanyalah sekadar sebuah perhiasan di dalam dunia sementara ini. Mengapa manusia perlukan cinta?..adakah cinta itu mampu merubah segalanya kepada yang mereka inginkan...sekiranya betul pasti semua manusia akan terleka dengan permainan cinta. Cinta hari ini hanyalah sekadar cinta sementara, yang hanya akan kekal sementara. ianya akan terputus walaupun tanpa diinginan.
Cinta semalam hanyalah sekadar permainan, ibarat sebuah mimpi dikala kita sedang tidur, yang akan hilang begitu sahaja apabila kita terjaga..Cinta sejati adalah cinta kepada pencipta, hanya dia yang layak mendapatkan sepenuhnya cinta daripada setiap hambanya..harap diri ini tidak terleka dan terlena disebabkan Cinta Hari ini dan Semalam.......

Cinta Hari Ini dan Semalam Full View

HOME | ABOUT

Copyright © 2011 BlackSakura | Powered by BLOGGER | Template by 54BLOGGER